Baiklah, saya yakin anda semua pasti tertanya-tanya tentang latar belakang blog kami ini kan? Sudah tentu anda ingin tahu mengenai latar belakang hinggalah ke biodata penulis dalam blog ini. Kenapa FAMEJAMOLI? Pernahkan pembaca-pembaca semua berasa agak 'penasaran' dengan nama blog kami ini? Baiklah, dalam entri ini kami akan merungkaikan segalanya untuk para pembaca yang dikasihi sekalian.
Blog Generasi Y Famejamoli merupakan sebuah blog yang diuruskan oleh lima orang anak muda yang terdiri daripada pelajar Kluster Penulisan, Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif, Universiti Malaysia Sabah. Nama Famejamoli diambil sempena nama panggilan (nickname) kelima-lima ahli blog ini yang mana terdiri daripada Fairus, Mel, James, Mona dan Lin. Dari kependekan kata atau akronim nama kesemua ahli maka wujudlah nama FAMEJAMOLI. Nama Famejamoli ini juga dicadangkan oleh Nik Norlini semasa permilihan nama blog dan pendapat beliau telah diterima baik oleh semua ahli. Kami merupakan pelajar tahun akhir Kluster Penulisan (Program Seni Kreatif) dan untuk subjek Penulisan Media Baru, kami telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah blog yang ahlinya terdiri daripada lima orang. Untuk penulisan blog ini, kami telah diwajibkan oleh pensyarah kami untuk menulis lima buah entri untuk setiap individu bedasarkan topik yang sudah dipilih oleh ahli-ahli kumpulan.
Ahli blog Generasi Y Famejamoli telah bersetuju untuk memilih sebuah isu trending yang berkaitan dengan generasi Y pada masa kini. Isu-isu tersebut adalah seperti amalan gaya hidup sihat, trend fesyen muslimah, vape dalam kalangan generasi Y, gadget dalam generasi Y dan perniagaan keronsang dalam kalangan generasi Y.
Para pembaca telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai latar belakang blog kami dan juga pengisian-pengisian yang bakal dimuatkan dalam blog ini kelak. Sekarang kita akan berkenalan dengan penulis-penulis merangkap admin blog Famejamoli ini. Mesti ramai antara anda ingin mengenali kami dengan lebih dekat. Jom baca biodata di bawah.
Penulis-penulis blog Famejamoli.blogspot.com
Baiklah para pembaca semua, mari kita berkenalan dengan penulis-penulis Famejamoli.blogspot.com.
1. Mohd Fairus Bin Mohd Yusof
Nama Mohd Fairus Bin Mohd Yusof
berumur 23 tahun, berasal dari Kulai, Johor. Cabaran dalam hidup adalah
kemalasan diri sendiri yang tak pernah mahu berubah. Walau bagaimanapun, aku
ada motto hidup aku sendiri iaitu aku akan lakukan apa sahaja asalkan ada ganjaran
tapi yang halal je bro. Aku ada minat tersendiri iaitu gilakan pada kelajuan
tak kiralah dari segi apa pun terutamanya adalah pada minat aku dengan
motosikal dan kereta. Aku sanggup berhabis duit janji aku puas hati dengan apa
yang aku inginkan. Tu sedikit tentang diri aku ni. Selain tu, aku juga minat
menulis. Aku akan luahkan segala perasaan aku depan laptop or fon aku. Tak
kiralah menulis tentang apa sekali pun termasuk cinta.
BIODATA RINGKAS
Nama : Mohd Fairus Bin Mohd Yusof
Asal : Kulai, Johor
Hobi: Menulis dan menyanyi
Minat: Mengubah kenderaan
mengikut citarasa
Motto : Keadilan tidak akan
dicapai jika tidak dicari, ada ganjaran ada aku.
2. James Ellie Anak Reba
Nama James Ellie Anak Reba, berumur 23 tahun asal Sarikei Sarawak. Saya dilahirkan pada 9 November 1993. Saya merupakan anak kedua dari empat adik beradik. Saya merupakan seorang yang sukakan trend yang berkaitan dengan masa kini. sebagai contoh, pada masa lapang sekiranya tidak menulis cerpen, saya akan membuat carian online untuk reseach trend fesyen terkini remaja tidak kisahlah sama ada fesyen dari Korea sehingga ke Amerika Syarikat. Dari trend pakaian hinggalah trend beg terkini. Selagi sesebuah trend itu saya suka dan tidak bertentangan, saya akan cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian. Walaupun dibesarkan dalam suasana kampung, tinggal di rumah panjang namun saya selalu memanfaatkan internet untuk mendapatkan info-info terkini tentang dunia luar. Supaya tidak ibarat katak di bawah tempurung. Bercakap tentang prinsip hidup, bagi saya prinsip hidup saya senang sahaja, "Live your life cause you only live once." Nikmati hidup ini, nikmati usia muda anda kerana masa yang berlalu tidak akan dapat diundur balik. Jangan menyesal di usia tua nanti akan perkara yang tidak berkesempatan anda lakukan pada usia.
BIODATA RINGKAS
Nama: James Ellie Anak Reba
Asal: Sarikei, Sarawak
Hobi: Menulis dan membuat reseach tentang trend fesyen terkini
Minat: Minat tidak tetap, sentiasa berubah mengikut peredaran masa
Motto: Live your life cause you only live once.
3. Sherrynata Binti Jain
Nama
Sherrynata Binti Jain, berasal dari Kunak Sabah. Lahir pada 12 Mei 1993 di
Kunak. Berumur 23 tahun pada tahun ini. Mendapat pendidikan di Universiti
Malaysia Sabah dalam bidang Penulisan di bawah program Seni Kreatif bermula
pada tahun 2013 sehingga ke 2016. Memegang prinsip bahawa segalanya akan
kembali pulih menjelang esok hari, dan hidup dalam dorongan moto yang di dunia
ini tidak punya orang bodoh. Tidak pernah bercita-cita
untuk menetapkan satu kerjaya sebagai cita-cita namun bercita-cita sentiasa
memperbaiki diri kearah kejayaan.
BIODATA RINGKAS
Nama: Sherrynata Binti Jain
Asal: Kunak, Sabah
Hobi: Menulis.
Motto: Segalanya akan kembali pulih menjelang esok hari, dan hidup dalam dorongan moto yang di dunia ini tidak punya orang bodoh.
4. Nik Norlini Bt Nik Din
Nama saya lin atau nama penuh ialah nik norlini bt
nik din dan merupakan salah seorang ahli BLOG FAMEJAMOLI. Lin merupakan pelajar
dari Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan sejak tahun 2013 dan mengambil major Penulisan. Lin merupakan gadis kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang dan dalam
meneruskan kehidupan seharian sebagai pelajar Lin sangat suka memegang dengan
moto “hidup belajar dengan ikhlas buktikan kejayaan kepada ibubapa”. Menyentuh hal cita-cita pula,
setiap orang mempunyai cita-cita, oleh itu cita-cita Lin ialah ingin bergelar
sebagai seorang pensyarah atau seorang guru dan jika tidak kesampaian lin akan
berusaha menjadi seorang penulis yang berjaya.
BIODATA RINGKAS
Nama: Nik Norlini Bt. Nik Din
Asal: Kelantan
Hobi: Menulis.
Cita-cita: Pensyarah/Guru & Penulis
5. Mona Balqis Binti Kamaruddin
Nama yang diberi ialah Mona Balqis Binti Kamaruddin.
Berasal dari Machang Kelantan. Saya dilahirkan pada 27 Mei 1992 dan berumur 24
tahun. Saya merupakan seorang pelajar
jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Seni Kreatif di Universiti
Malaysia Sabah. Saya berjuang untuk
mendapatkan segulung ijazah dan bercita-cita ingin menjadi seorang tenaga
pengajar yang berpotensi tinggi di masa akan datang.
BIODATA RINGKAS
Nama: Mona Balqis Binti Kamaruddin
Asal: Machang, Kelantan
Hobi: Menulis.
Cita-cita: Tenaga Pengajar
Anda sudah kenal kan dengan semua penulis blog Famejamoli,blogspot ini. Selepas ini tidaklah anda tertanya-tanya lagi mengenai pemilik blog ini. Anda juga telah tahu mengenai latar belakang blog kami ini dan diharap perkongsian kami kali ini memberikan manfaat kepada anda. Selepas ini, kami akan mula menyiarkan entri mengenai tajuk-tajuk yang kami pilih. Jadi kepada para pembaca, terima kasih kerana sudi singgah membaca entri ini dan nantikan entri kami yang seterusnya. Salam sejahtera semua.
No comments:
Post a Comment