Sunday, May 22, 2016

KEK COKLAT


KEK COKLAT




BAHAN-BAHAN KEK COKLAT:

1 cawan butter
1 dan ¾ cawan gula halus
2 setengah tepung gandum
1 setengah cawan sudu the esen vanilla
5 sudu besar serbuk koko
1 setengah sudu besar soda bikarbonat
3 biji telor
1 sudu teh garam

BAHAN-BAHAN TOPPING:
200 gram coklat masakan yang telah dicincang
90 gram whipping cream
1 sudu besar butter

CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT
1.    Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas.
2.    Dalam bekas lain, pukul butter dan gula hingga berkrim, gunakan mixer lebih mudah.
3.    Masukka telur satu per satu dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
4.    Maukkan campuran tepung yang telah diayak tadi, selang selikan dengan susu coklat. Pukul sehingga rata.
5.    Masukka adunan ke dalam Loyang kek yang telah dialas.
6.    Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah Celsius dan bakar selama 45-55 minit. Gunakan api atas dan bawah.
7.    Untuk mengetahui kek dah betul-betul masak, anda bolehlah cucuk pada bahagian tengah kek dengan menggunakan lidi. Sekiranya tiada adunan yang melekat bermakna kek anda telah masak.
8.    Sejukkan kek anda sebelum meletak topping.

CARA-CARA PENYEDIAAN TOPPING
1.    Masukka kesemua bahan-bahan untuk topping. Masak di atas api yang perlahan sehingga mendidih. Pastikan anda sentiasa mengacau adunan supaya tidak berkerak di bahagian dasar periuk.
2.    Tuangkan ke dalam mangkuk, masukkan ke dalam fridge, biarkan adunan mengeras sedikit.
3.    Keluarkan adunan tersebut dan kacau menggunakan sudu hingga pekat.
4.    Kemudian sapukan pada kek tersebut dan hias. Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment