Monday, May 23, 2016

Trend Gadget dan Mahasiswa

Teknologi dan informasi berkembang sangat cepat dari tahun ke tahun sehingga ke hari ini, perkembangan ini disambut baik oleh masyarakat pada hari ini kerana menganggapnya sebagai satu kemudahan dalam dunia teknologi, dimana semuanya berada di hujung jari yang terdapat di dunia maya atau internet.

Dalam kalangan pekerja pula, trend gadget ini merupakan keperluan yang wajib dalam harian mereka menjalani pekerjaan. Sudah semestinya bidang perkomputeran itu menjadi kewajipan mereka dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Perkembangan gadget ini menjadi tumpuan para pekerja kini dimana mereka bukan hanya bekerja di waktu pejabat sahaja namun boleh bekerja di luar waktu pejabat dan tidak mengenal masa.

Dalam kalangan mahasiswa dan remaja masa kini, teknologi internet digunakan sebagai media informasi yang boleh memberi gambaran atau maklumat yang tidak terdapat dalam buku. Contohnya, dengan jaringan internet ini mereka boleh melihat perkembangan yang terjadi di luar negara atau di mana sahaja serta dapat mengikuti perkembangan-perkembangan lain.

Rentetan dari itu, dalam setiap lapisan masyarakat memerlukan teknologi internet dan menjadi keperluan yang penting dalam melakukan tugasan harian, oleh yang demikian alat komunikasi yang digunakan oleh masyarakat pada awalnya hanya berfungsi sebagai alat perhubungan sahaja, namun kini telah menjadi satu alat yang boleh berhubung dan dilengkapi dengan hiburan serta media-media yang menyediakan pelbagai fungsi.

Media gadget ini banyak terdapat di pasaran dan seiring dengan keperluan masyarakat pada hari ini serta disesuaikan dengan harga yang mampu milik. Pada masa kini, gadget merupakan satu trend atau simbol intelektual yang tinggi, semakin mahal dan lengkap kelengkapan gadget tersebut makan semakin mudah untuk seseorang memperoleh informasi. Trend gadget merambat dalam kalangan mahasiswa masa kini di mana hampir semua memiliki teknologi ini sebagai contoh ialah smartphone dan tablet, kegunaan yang sama namun hanya dibezakan dengan bentuk, ukuran dan sistem penggunaannya.

Remaja kini umumnya memiliki gadget yang salah satunya ialah smartphone digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan serta keluarga. Gadget yang dimiliki kini sudah banyak dilengkapi dengan berbagai jenis kemudahan termasuklah kamera, internet, media hiburan dan boleh diisi dengan memuat turun pelbagai aplikasi untuk kegunaan tertentu. Bagi yang bergelar mahasiswa, gadget menjadi kemudahan di hujung jari di mana penggunaannya meluas contohnya kamera yang ada boleh mengambil gambar-gambar untuk di simpan yang berkait dengan pembelajaran, boleh merakam perbualan semasa mengadakan sesi, menyimpan pelbagai maklumat pembelajaran di dalam smartphone dan tidak memerlukan computer riba serta banyak lagi kegunaanya.

Selain itu, teknologi ini juga mampu memperolehi maklumat apa sahaja untuk tugasan-tugasan pembelajaran seperti rujukan jurnal, website dan banyak lagi. Melalui teknologi ini juga mampu memperluas hubungan sosial di antara satu dengan yang lain melalui facebook dan twitter.



No comments:

Post a Comment