Sunday, May 22, 2016

HIJAB TRENDING

Artikel oleh: Hani_ND_Lin


Para hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-oah bertelanjang. Apa tidaknya memakai tudung hanya trend dan fesyen. Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung baju ketat, bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tetapi memakai skirt pendek, berskirt tetapi berkain belah dan bertudung tetapi tidak menutup dada. Inilah fenomena yag berlaku pada hari ini dalam msyarakat kita. Fenomena yang berlaku ini, nabi Muhammad SAW telah memperingatkan kita sejak 1400 tahun dahulu. Allah telah memerintahkan wanita-wanita beriman agar melabuhkan tudung-tudung mereka ke bahagian depan mereka hingga menutup dada dan leher mereka dan dengan itu selamatlah mereka dari sebarang fitnah dan perbuatan jahat.

1)Hikmah diwajibkan menutup aurat
setiap sesuatu diperintahkan allah mempunyai hikmah atau rahsia yang tersendiri. Antara hikmahnya ialah:
a)untuk menutup pintu fitnah kerana ia merupakan punca tercetusnya yang ada dalam diri manusia. apabila keinginan nafsu mempengaruhi hati, biasanya seorang itu hilang pertimbangan akal lalu mudahlah ia melakukan perbuatan meungkar mengikut apa yang diperintahkan oleh nafsunya.
b)untuk menghindarkan kegiatan maksiat yang berpunca dari mata. Seluruh tubuh wanita atau bahagian-bahgian tertentu dari tubuh lelaki menjadi daya tarikan yang mempersonakan pandangan mata kaum pihak yang berlainan jenis. Dari rasa persona itu boleh menajamkan keinginan ke arah melakukan maksiat seperti zina dan sebagainya.
c)pandangan mata ada kaitan dengan hati. Mata yang selalu melihat perkara haram seperti aurat menyebabkan mata hati menjadi gelap. Hati yang gelap tidak dapat ditembusi cahaya nur iman. Manakala iman yang lebih tidak dapat melahirkan individu muslim yang bertakwa. Oleh itu amalan menutup aurat adalah untuk menolong seorang lain daripada terlibat dengan dosa dan menjejaskan imannya akibat memandang aurat yang sengaja didedahkan oleh seseorang.
d)Wanita solehah diperintahkan menutup aurat dengan sempuna adalah untuk membezakan dengan wanita islam yang rosak akhla atau wanita kafir. Wanita-wanita tersebut tidak tahu menghargai nilai kesopanan diri. Mempamerkan kecntikkan tubuh untuk mendapat pujian orang lain adalah menjadi kebanggan bagi mereka. Tabiat ini seharusnya tidk menguasai peribadi wanita-wanita mukmin dan mereka semua diarahkan menjaga ketinggian maruah diri yang dibentuk oleh islam menerusi tingkah laku yang baik.


Contoh Hijab trending:


No comments:

Post a Comment