Sunday, May 22, 2016

TEMUBUAL DAN PENDAPAT GEN-Y TERHADAP VAPE


Artikel oleh: James E. Reba



Salam sejahtera semua, bersua lagi kita dalam entri terakhir saya mengenai isu vape dalam kalangan generasi Y. Jika anda membaca entri-entri saya yang sebelumnya, saya telah menerangkan kepada para pembaca mengenai Sejarah Awal Vape dan Komponen-Komponen Dalam Rokok Vape. Selain itu, saya juga telah menemuramah seramai enam orang belia atau generasi Y untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai rokok elekronik vape ini. Sudah pasti setiap orang mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza.
            Rokok vape memang tidak dapat dinafikan impak dan kesan kepada generasi muda pada masa kini. Apabila sesuatu benda itu menjadi sebuah ‘trend’ sudah pasti segenap masyarakat pasti akan mengikuti trend-trend tersebut selaras dengan peredaran masa. Kelahiran rokok vape dalam kalangan masyarakat telah mengundang pelbagai persepsi-persepsi sama ada persepsi positif dan negatif.
            Vape sememangnya dianggap sebagai rokok generasi baru kepada para pengguna. Rokok vape yang mesra pengguna disamping mempunyai kelebihan dari segi penawaran perisa e-liquid yang banyak dan mengikut cita-rasa pengguna membuatkan rokok ini digilai ramai. Selain itu, bau asap vape yang harum membuatkan ramai pengguna lebih menyukai rokok elektronik ini berbanding asap rokok biasa. Disamping, bau yang harum dan mengasyikkan tidak seperti bau rokok tembakau yang membahayakan bukan sahaja kepada para perokok malah kepada bukan perokok yang menghidu asap rokok nikotin tersebut.

            Walupun pendapat saya mengatakan bahawa rokok Vape agak selamat berbanding rokok biasa, namun untuk menggelakkan pendapat saya dianggap sebagai berat sebelah, saya bercadang untuk menemubual beberapa orang respondan yang terdiri dalam kalangan para pelajar untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai rokok elektronik ini iusteru itu, saya akan menemubual para pelajar yang terdiri dari kalangan bukan perokok dan golongan perokok. Pandangan-pandangan mereka ini bakal saya kongsikan di dalam entri yang berikutnya. Dengan itu, akhir kata dari saya, saya ucapkan pembaca semua terhibur dengan entri yang ditulis di dalam blog ini dan salam sayang dari saya. Sehingga kita berjumpa lagi. 

No comments:

Post a Comment