Sunday, May 22, 2016

RODA WARNA

Artikel oleh: Hani_ND_Lin


Roda warna ini adalah dasar dalam teori warna, di dalam roda warna kita dapat melihat letak positioning sebagai warna dan bagaimana hubungan antara warna yang satu dengan yang lainya, berdasarkan warna yang hampir sama.



                                Jenis warna berdasarkan posisi dalam roda warna


Warna primer vs sekunder
Warna merah, kuning dan biru adaah warna primer (warna dasar). Sementara warna-warna lain diantara ketiganya iaitu ungu, hijau dan oren adalah warna sekunder.

Warna putih dan hitam
Warna putih dan hitam adalah warna istimewa yang tugasnya menerangkan atau menggelapkan warna-warna pada umumnya.

Paduan warna biasa dan warna neutral
Yang tergolongn dalam warna neutral adalah warna hitam, putih, silver. Namun ingat jika anda ingin kedua warna ini sebaiknya gunakan gelap terangnya agak kontras. Contohnya, misalnya perpaduan warna hijau dan warna neutral hitam, maka pilih warna hijau yang agak terang.

Mencampur warna-warna yang kontra
untuk menghasilkan kesan yang berani,tegas dan sesuai. Seperti kombinasi warna kuning terang dan pakaian warna biru.

Monokrom
Iaitu mencamppurkan jenis warna yang sama dengan tetapi tone yang berbeza. Contoh hijau tua dan hijau muda. Biru muda dan biru tua dan lain-lain.

Mencampurkan pelbagai wara pastel
Warna-warna pastel adalah warna-warna pudar yang berada di sisi dalam atau dekat pusat lingkaran roda warna. Warna-warna ini mengandung banyak elemen putih. Warna-warna pastel apapun relatif mudah untuk saling dipadukan sehingga akan menghasilkan kesan lembut.

Berhijab
Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan. Tampil kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung, mari ikuti beberapa tips untuk memilih tudung bagi anda tampil lebih elegan dan bergaya.
1.    Carilah tudung daripada jenis kain yang mudah deibentuk ketika memakainya seperti kain kapas dan kain bawal yang sesuai dipadankan dengan apa jua baju.
2.    Bgi yang menggemari tudung kontemporari, pilih fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung al-waheeda.
3.    Sesekali pilih tudung berbunga besar, dipadankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang.
4.    Bagi baju yang mempunyai corak atau flora yang berwarna, pilih tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.
5.    Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju.
6.    Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merh jambu, biru, kuning dan sabagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.
7.    Elakkan memakai tudung berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampkkan anda sudah berusia.
8.    Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.
9.    Pastikan tudung dikemaskan di bawah kerongsang selepas pin kan tudung. Ini bagi menggelakkan liitan tudung nampak menggelembung.

1 comment:

  1. Yea betul, elakkan warna tudung sama warna baju bila pakai sedondon. Artie pun ada nasihat founder² ketika mereka tempahan sebegini dari pengguna. Thanks share Admin!

    ReplyDelete