Sunday, May 22, 2016

KOMPONEN-KOMPONEN DALAM VAPE



Artikel oleh: James E. Reba

Para pembaca semua, saya yakin tentu anda semua sekarang sudah mengetahui berkenaan sejarah dan asal usul rokok eletronik Vape. Dalam entri saya yang pertama saya telah menulis artikel berkenaan asal usul vape dan melalui tulisan saya yang terdahulu saya yakin para pembaca mendapat maklumat sedikit sebanyak mengenai rokok eletronik ini.
            Baiklah para pembaca sekalian, untuk tulisan kedua ini saya akan memberitahu para pembaca semua mengenai komponen yang terdapat pada Vape. Rokok biasa juga mempunyai komponen-komponen tertentu yakni kandungan seperti tembakau dan sebagainya. Begitu juga rokok eletronik ini. Ianya mempunyai kandungan-kandungan tertentu dan sudah pastinya kandungan atau komponen yang terdapat pada Vape lebih canggih lagi berbanding kandungan rokok biasa.
Tiga komponen yang terdapat pada rokok eletronik ini adalah terdiri daripada bateri, vapor dan liquid. Seperti fungsi umum sesebuah bateri yang bertujuan membekalkan kuasa atau tenaga kepada sesebuah komponen, begitu juga prinsip asas bateri yang terdapat dalam vape. Bateri tersebut akan membekalkan tenaga yang akan memanaskan cecair e-liquid kemudiannya menjadi wap. Pertamanya, tenaga dari bateri tersebut akan dibekalkan kepada atomizer. Begitulah prinsip-prinsip asas sesebuah vape berfungsi.
Komponen yang paling penting dalam Vape adalah Starter Kit. Starter kit merupakan sebuah komponen utama Vape yang mana Starter Kit ini dalam bahasa yang mudah difahami adalah bahagian badan vape. Dalam starter kit ini biasanya terdiri daripada bahagian drip. Seperti yang anda ketahui, rokok eletronik Vape ini merupakan sebuah rokok yang disebut maka ianya memang sinonim dengan drip. Drip merupakan bahagian atas vape yang berfungsi untuk menghisap asap dari wap yang dihasilkan oleh vapor.
Selain daripada tube, komponen Vapor seterusnya adalah tube. Tube yang merupakan tangki adalah sebuah komponen yang bertujuan sebagai tempat di mana cairan dihasilkan untuk menghasilkan asap. Komponen seterusnya adalah atomizer. Atomizer yang merupakan bahagian init berperanan dalam menghasilkan cairan (liquid)  yang kemudiannya menjadi wap. Daripada atomizer ini terdapat sumbu yang dibuat dari kawat dan menghasilkan panas jika terkena arus eletrik.
            Bateri merupakan antara komponen terpenting dalam sesebuah peralatan. Melalui bateri, dapat membekalkan tenaga kepada sesebuah peralatan. Begitu juga prinsip sesebuah vapor. Peralatan eletronik ini menggunakan bateri untuk menjadikannya berfungsi dan bateri tersebut hendaklah dicas sebelum vapor digunakan.
Seterusnya, komponen utama yang sangat penting dalam vape cairan atau lebih dikenali sebagai liquid. Melalui cairan ini akan terhasil wap dalam sesebuah vapor. Komponen liquid ini kadang-kala dijual berasingan. Apa yang menarik mengenali liquid ini adalah ia didatangi dengan pelbagai perisa seperti perisa buah-buahan. Antara perisa buah-buahan adalah seperti nenas, epal, tembikai, anggur, oren, ceri dan sebagainya. Selain daripada perisa buah-buahan, terdapat juga perisa seperti kopi. Biasanya, harga liquid ini Rm20 hingga Rm120 bergantung pada kualiti.
Kepada para pembaca, sekarang anda sudah tahu akan mengenai komponen-komponen yang terdapat pada sesebuah vapor. Mungkin maklumat di atas dapat digunakan oleh anda sebagai rujukan dalam pembelajaran. 
 Komponen-komponen penuh Vape. Cecair e-liquid, starter kit dan charger.


           

No comments:

Post a Comment