Sunday, May 22, 2016

PENGENALAN KEPADA VAPE DAN VAPE DALAM KALANGAN GENERASI Y


Artikel oleh: James E. Reba



Vape! Budaya menghisap vape merupakan budaya yang sangat popular sejak kebelakangan tahun ini. Sekiranya ditanya, majoriti anak muda bahkan golongan mengenali apa itu vape. Apa itu vape? Dalam artikel ini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai rokok eletronik “Vape”. Fakta-fakta yang saya perolehi untuk mengarang artikel pengenalan tentang vape ini saya dapati melalui bacaan saya di internet dan juga sedikit sebanyak bertanya kepada pengguna vape itu sendiri.
 Vape merupakan sejenis rokok eletronik yang mula mendapat tempat di Malaysia sejak kebelakangan ini. Walaupun vape bukanlah rokok eletronik yang baru menapak dalam dunia rokok namun disebabkan oleh rokok eletronik telah berjaya dikomersialkan beberapa tahun yang lepas, rokok eletronik ini menjadi salah sebuah “trend” terkini masyarakat dunia bahkan rakyat di Malaysia ini sendiri. Nama-nama seperti Herbert A. Gilbert dan Hon Lik sudah tentunya sinonim dalam kalangan pengguna Vape. Herbert A. Gilbert merupakan orang pertama yang mencipta rokok eletronik pada tahun 1963 namun disebabkan kurang mendapat perhatian dan sambutan daripada golongan perokok, rokok eletronik yang dihasilkan oleh Herbert akhirnya terbenam sebegitu sahaja tanpa dikomersialkan sehingga beberapa dekad selepas penciptaannya. Hon Lik seorang ahli farmasi yang berasal dari China pula telah mengambil inesiatif menghasilkan rokok eletronik moden yang menggunakan ultrasonik piezoelektrik yang bertujuan untuk menghasilkan wap air atau asap. Semenjak kejayaan Hon Lik dalam penciptaan rokok eletronik modennya, banyak syarikat-syarikat di negara China mula berjinak-jinak menghasilkan rokok eletronik ini dan kemudiannya membuka kedai secara kecil-kecilan untuk menjual hasil rokok eletronik yang dihasilkan. 
 
PENGASAS ROKOK ELEKTRONIK MODEN, HON LIK.

            Vape mula menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sejak tahun 2015. Penularan rokok eletronik vape ini pada awalnya di Malaysia menjadi sebuah fenomena kepada masyarakat baik perokok mahupun golongan bukan perokok. Vape acap kali dilihat menjadi kegilaan bagi generasi muda seperti generasi Y  yang kemudiannya menjadi sebuah trend dan menjadi viral di media-media sosial apabila pengguna-pengguna vape mengekspresikan rokok eletronik ini dengan memuat naik gambar-gambar sedang menghisap vape. Rokok eletronik ini bukan hanya menarik minat golongan lelaki sahaja bahkan golongan wanita juga turut berjinak-jinak menggunakan vape untuk menggantikan rokok biasa yang sedia ada. Gaya hidup vaping yang dikatakan “urban” dan releven dengan masyarakat kini terutamanya dalam kalangan generasi muda. Penentuan harga vape adalah berbeza di setiap negara. “Starter kit” setiap vape adalah berbeza bergantung kepada jenama itu sendiri. Survey harga “Starter Kit” telah dilakukan di sebuah laman web penjualan barang secara online dimana harga starter kit bermula dari Rm 120 sehingga Rm 180 sementar harga e-liquid pula dijual pada harga Rm 25 ke atas. Walaupun harga vape mahal, namun bagi pengguna Vape, tingkat harga bukanlah suatu permasalahan kepada mereka. Kalah membeli menang memakai bak kata peribahasa. Disebabkan vape yang dianggap releven dan menjadi trend terkini dalam kalangan masyarakat, sudah semestinya kita dapat menjumpai perokok eletronik ini dimana-mana sahaja. Sekiranya anda sedang berjalan-jalan di pusat membeli belah, anda mungkin akan terserempak dengan golongan-golongan pengguna vape tanpa segan silu menghisap vape di tempat-tempat umum sebegitu tanpa segan silu.
            Walaupun pada awalnya penerimaan masyarakat terhadap pengguna vape agak kekok dipandang namun lama-kelamaan “budaya vaping” yang berlalu selaras dengan perkembangan masa. Anak muda tanpa mengira lapisan umur sudah mula menerima kehadiran vape dalam masyarakat. Maka tidak hairanlah jika hari ini kita melihat ramai perokok-perokok beralih dari rokok biasa ke rokok eletronik ini berikutan rokok ini menjadi “trend” terkini. Bahkan ramai pengguna-pengguna vape yang bukan terdiri daripada perokok sudah mula menggunakan vape berikutan penggunaan rokok eletronik tersebut yang kian meluas dan mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

No comments:

Post a Comment