Sunday, May 22, 2016

FESYEN MUSLIMAH TRENDING

Artikel oleh: Hani_ND_Lin


Cara Berpakaian
Didalam islam tidak malarang perempuan untuk mengenakan sesuatu fesyen sama ada dlam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan. Tetapi, didalam islam tidak dibenarkan seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkuh dan sombong kepada masyarakat sekeliling. Walaupun kita diberikan kebebesan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita boleh memakai apa sahaja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tata susila.
Macam fungsi pakaian, yakni sebagai penutup aurat, untuk menjaga kesihatan dan untuk keindahan. Tuntutan islam mengandungi didikan moral yang tinggi. Dalam masalah aurat perempuan adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Mengenai bentuk atau model pakaian, islam tidak memberi batasan, kerana hal ini berkaitan dengan budaya setempat. Oleh itu, kita boleh memakai pakaian dengan model apapun, asalkan pakaian tersebut memenuhi syarat menutup aurat. Sesungguhnya  islam telah menggariskan beberapa panduan bagi seseorang muslimin dan muslimah dalam berpakaian. Antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam berfesyen ialah:

a)Pakaian Menutup Aurat
aurat berasal daripada perkataan arab yang bermaksud aib atau kekurangan pada sesuatu benda. Apabila menyebut mengenai aurat dalam berpakaian ialah kawasan anggota yang perlu dijaga dan ditutup oleh setiap orang islam daripada dilihat oleh orang lain. tujuan utama diwajibkan menutup aurat e atas umat islam adalah semata-ata untuk memelihara dirinya dan orang lain daripada perkara-perkara buruk yang menjerumuskan mereka ke dalam lembah dosa. Aurat bagi seseorang perempuan pula auratnya ketika bersama dengan bukan mahram adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua pergelangan tangannya.

b)Tidak Memakai Pakaian Yang Ketat Sehingga Menampakkan Bentuk Tubuh
antara adab etika berpakaian adalah memakai pakaian yang tidak ketat yang menampakkan bentuk tubuh si pemakai terutamanya kepada kaum wanita. dalam hal ini nabi SAW telah menyatakan sepertimana yang diriwayatkan oleh imam muslim dalam sahihnya bahawa antara golongan yang akan diazab oleh Allah dalam api neraka adalah golongan perempuan yang disebut ‘kaasiyat aariyat’ iaitu wanita yang memakai pakaian dengan mendedahkan sebahagian entuk tubuhnya. Perempuan yang menampakkan bentuk tubuh badan sama ada dengan pakaian yang ketat, jarang mahupun terdedah sebahagian daripada tubuh badannya telah dilarang oleh syariat islam.

c)Tidak Memakai Pakaian atau Aksesori  Yang Menyerupai Ciri-ciri Budaya Orang Bukan Islam
Islam melarang umatnya daripada terikut-ikut dengan budaya negatif masyarakat bukan islam. Hal ini termasuklah ketika berpakaian dan memperagakan sesuatu fesyen. Nabi SAW telah melarang kita daripada terikut-ikut dengan buadaya luar yang kadang kala mampu menggugat akidah dan akhlak umat islam terutama dalam kalangan para pemuda-pemudi. Antara ikutan negatif yang berlaku seperti memakai pakaian yang mempunyai gambar salib, gambar-gambar yang tidak menutup aurat, bertindik pada anggota badan tertentu bagi kaum lelaki, melukis tatu dan lain.

d)Fesyen Yang Bertentangan Dengan Jantina
sesungguhnya islam melarang umatnya daripada menyerupai golongan yang berlainan jantina. Hal ini termasuklah dalam memperagakan fesyen. Wanita yang meyerupai lelaki adalah haram kerana ianya berlawanan dengan fitrah asal penciptaan seseorang manusia sama ada dalam tingkah laku dan juga berpakaian.




Contoh Pakaian Muslimah trending:




No comments:

Post a Comment