Saturday, May 28, 2016

REAKSI PEROKOK TERHADAP VAPE

Artikel oleh: James E. Reba

Para pembaca sekalian semakin lama semakin hebat topik kita ini. Topik yang bertajuk Vape Dalam Kalangan Generasi Y. Untuk entri yang sebelumnya, saya telah bertanya secara rawak beberapa orang pelajar mengenai reaksi mereka terhadap penggunaan vape dalam kalangan generasi muda. Sudah pasti, pendapat berbeza diutarakan oleh mereka mengenai isu vape ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada mereka atas kerjasama yang diberikan sepanjang saya menemubual mereka.

            Para pembaca sekalian, seterusnya saya akan menulis entri berkenaan pendapat dan reaksi golongan perokok terhadap rokok eletronik vape ini. Tujuan entri ini ditulis adalah untuk mendapatkan kedua-dua sisi pandangan golongan bukan perokok dan perokok terhadap rokok vape ini. Saya berpendapat dengan mewujudkan kedua-dua entri ini yang mana saya telah mendapatkan pendapat mereka agar entri ini tidak bersifat berat sebelah. Respondan pertama yang saya sudi meluangkan masa untuk ditemuramah adalah Awang (24).

“Saya memang seorang perokok tegar, semenjak zaman tingkatan enam. Sehari dalam enam tujuh batang rokok saya habiskan. Memang agak teruk selera merokok saya. Namun kehadiran vape mengubah persepsi saya terhadap rokok eletronik ini, walaupun rasanya tidak seperti rokok biasa, namun rokok ini mampu membantu saya mengawal pengambilan seharian rokok. Ya, saya masih lagi merokok rokok biasa namun jumlah pengambilan rokok tersebut dapat saya kawal,” – Awang.

            Begitulah pendapat Awang mengenai penggunaan rokok eletronik kepada dirinya sendiri. Respondan kedua pula yang sudi meluangkan masa untuk ditemubual adalah Joseph (23). Joseph bukanlah seorang perokok tetapi seorang pengguna vape.

“Sejujurnya, saya bukanlah seorang perokok rokok biasa tetapi hanya seorang perokok vape. Saya mula berjinak-jinak dengan rokok ini selepas  melihat video vaping di sebuah laman instagram. Sejak dari situ saya mula berminat. Disamping vape kelihatan diterima umum, saya juga begitu tertarik dengan haruman-haruman cecair yang digunakan dalam vape berbanding asap rokok biasa. Ia tidak menyesakkan,”- Joseph.

            Respondan terakhir kita adalah Richard (22). Pendapat Richard mengenai rokok eletronik vape adalah seperti berikut;

“Saya merupakan seorang perokok. Namun saya tidak begitu gemarkan rokok vape. Rokok vape harganya mahal. Saya juga tidak gemarkan membeli cecair e-liquid. Saya lebih suka membeli sekotak rokok yang berharga bawah Rm10 berbanding membeli starter kid yang harga beratus-ratus. Lagipun, saya sudah selesa merokok rokok biasa berbanding vape,” – Richard.

            Begitulah pendapat-pendapat golongan perokok mengenai rokok eletronik vape. Seperti pendapat beberapa orang respondan yang bukan golongan perokok, pendapat mereka ini juga mempunyai perbezaan dan pandangan yang tersendiri. Seperti yang dinyatakan dalam entri sebelumnya, untuk menghormati privasi para respondan yang ditemuramah, saya tidak akan menyiarkan gambar-gambar mereka dan maklumat peribadi mereka di dalam blog ini. Akhir kata, semoga tulisan kali ini bermanfaat kepada anda semua.


Monday, May 23, 2016

Kesan Negatif Penggunaan Gadget

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN GADGET

80% daripada pengguna gadget yang sudah terlalu fokus dengan penggunaannya dikatakan lebih cenderung untuk tidak mengambil peduli akan keadaan sekeliling dan didapati kurang berkomunikasi dengan persekitarannya. Hal ini menyebabkan pergaulan sosial seseorang telah terbatas oleh penggunaan gadget yang melampau sehingga tidak mempedulikan keadaan sekitar.

Terdapat juga mahasiswa yang menggunakan gadget bukan hanya untuk keperluan tetapi ada juga yang menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri misalnya meniru (palagiat) tugas atau karya tulisan orang lain. Salah guna jaringan sosial melalui penggunaan gadget juga memberi kesan yang negatif terhadap remaja kini misalnya aktiviti yang berbau pornografi.

Hal-hal seperti iniliah yang akan merosakkan moral dan akhlak mahasiswa dan mahasiswi pada masa kini, dek kerana penggunaan gadget yang melampaui batas jiwa sosial mereka dan interaksi langsung terhadap persekitaran itu berkurang. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan teknologi ini kearah yang negatif berbanding keperluan di masa akan datang.
Di sebalik kelebihan yang ada pada gadget ini juga terdapat perkara yang mampu merugikan penggunanya, antaranya ialah menjadikan seseorang sentiasa berasa malas dan kurang berkomunikasi dengan dunia luar.


Penggunaan gadget sangat berguna dalam kehidupan harian kita serta memberi kesenangan, namun kita perlu membatasi waktu penggunaannya sehingga tidak menganggu waktu terluang bersama orang tersayang. Selain itu, pengguaannya haruslah kearah yang positif dan tidak menggunakannya kearah yang negatif.

Trend Gadget dan Mahasiswa

Teknologi dan informasi berkembang sangat cepat dari tahun ke tahun sehingga ke hari ini, perkembangan ini disambut baik oleh masyarakat pada hari ini kerana menganggapnya sebagai satu kemudahan dalam dunia teknologi, dimana semuanya berada di hujung jari yang terdapat di dunia maya atau internet.

Dalam kalangan pekerja pula, trend gadget ini merupakan keperluan yang wajib dalam harian mereka menjalani pekerjaan. Sudah semestinya bidang perkomputeran itu menjadi kewajipan mereka dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Perkembangan gadget ini menjadi tumpuan para pekerja kini dimana mereka bukan hanya bekerja di waktu pejabat sahaja namun boleh bekerja di luar waktu pejabat dan tidak mengenal masa.

Dalam kalangan mahasiswa dan remaja masa kini, teknologi internet digunakan sebagai media informasi yang boleh memberi gambaran atau maklumat yang tidak terdapat dalam buku. Contohnya, dengan jaringan internet ini mereka boleh melihat perkembangan yang terjadi di luar negara atau di mana sahaja serta dapat mengikuti perkembangan-perkembangan lain.

Rentetan dari itu, dalam setiap lapisan masyarakat memerlukan teknologi internet dan menjadi keperluan yang penting dalam melakukan tugasan harian, oleh yang demikian alat komunikasi yang digunakan oleh masyarakat pada awalnya hanya berfungsi sebagai alat perhubungan sahaja, namun kini telah menjadi satu alat yang boleh berhubung dan dilengkapi dengan hiburan serta media-media yang menyediakan pelbagai fungsi.

Media gadget ini banyak terdapat di pasaran dan seiring dengan keperluan masyarakat pada hari ini serta disesuaikan dengan harga yang mampu milik. Pada masa kini, gadget merupakan satu trend atau simbol intelektual yang tinggi, semakin mahal dan lengkap kelengkapan gadget tersebut makan semakin mudah untuk seseorang memperoleh informasi. Trend gadget merambat dalam kalangan mahasiswa masa kini di mana hampir semua memiliki teknologi ini sebagai contoh ialah smartphone dan tablet, kegunaan yang sama namun hanya dibezakan dengan bentuk, ukuran dan sistem penggunaannya.

Remaja kini umumnya memiliki gadget yang salah satunya ialah smartphone digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan serta keluarga. Gadget yang dimiliki kini sudah banyak dilengkapi dengan berbagai jenis kemudahan termasuklah kamera, internet, media hiburan dan boleh diisi dengan memuat turun pelbagai aplikasi untuk kegunaan tertentu. Bagi yang bergelar mahasiswa, gadget menjadi kemudahan di hujung jari di mana penggunaannya meluas contohnya kamera yang ada boleh mengambil gambar-gambar untuk di simpan yang berkait dengan pembelajaran, boleh merakam perbualan semasa mengadakan sesi, menyimpan pelbagai maklumat pembelajaran di dalam smartphone dan tidak memerlukan computer riba serta banyak lagi kegunaanya.

Selain itu, teknologi ini juga mampu memperolehi maklumat apa sahaja untuk tugasan-tugasan pembelajaran seperti rujukan jurnal, website dan banyak lagi. Melalui teknologi ini juga mampu memperluas hubungan sosial di antara satu dengan yang lain melalui facebook dan twitter.



Apa Itu Gadget?

APA ITU GADGET?

Gadget ialah kemudahan elektronik yang bersaiz kecil yang dicipta dengan memiliki fungsi yang khusus. Gadget pada awalnya hanyalah meliputi smartphone dan teknologi komputer seperti laptop di mana penggunaanya tidak terbatas kerana boleh dibawa ke mana sahaja tanpa mengira tempat. Namun, kini penggunaan kata gadget itu tidak hanya tertumpu kepada smartphone dan laptop sahaja namun meluas kepada tablet, laptop, mp3 player, netbook, kamera, jam tangan dan banyak lagi.


Gadget pada masa kini bukan sahaja berfungsi dalam kehidupan seseorang namun sudah menjadi trend dan boleh dilihat sebagai hobi. Seiring dengan kemajuan teknologi, gadget merupakan teknologi yang kian dilihat melalui perubahan yang semakin moden dari segi saiz, kegunaan yang pelbagai, aneka pilihan, corak dan banyak lagi. Ciri-ciri gadget tersebut sentiasa berubah untuk keselesaan dan kesenangan penggunanya, contohnya kamera yang bersaiz kecil seperti gopro. Saiznya yang kecil itu memberi keselesaan kepada pengguna di mana ianya selesa untuk dibawa kemana sahaja. 


Sunday, May 22, 2016

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KERONGSANG


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KERONGSANG


1.

Ø  Sediakan bahan-bahan seperti gunting, gam, jarum, benang, kain perca yang telah digunting bulat, butang, dan pink.


2. 


Ø  Lipatkan kain perca yang telah digunting bulat tu kepada dua bahagian dan mula jahit jelujur di bahagian tepi supaya kemas.



3.

Ø  Kemudian, tarik benang itu perlahan-lahan supaya kain jadi kedut macam ni dan berbentuk kelopak bunga.


4.

Ø  Buat benda yang sama berulang kali sampai jadi macam ni dan sehingga penuh menjadi lima kelopak.



5.

Ø  Selepas siap cantumkan, anda bolehkan temukan dari hujung ke hujung untuk menampakkan bentuk bunga yang comel macam ni.






Ø  Kemudian, letakkan butang dengan gam ditengah-tengah kelopak bunga tadi.



7.

Ø  Seterusnya, lekatkan gam dibahagian bawah butang pink tadi dan lekatkan pada bahagian belakang kelopok bunga.


8.

Ø  Sekarang, pink sudah pun dilekatkan di belakang bunga tadi.



9.

Ø  Tadaaa!!! Inilah hasil bunga comel saya. Selamat mencuba.











6. Atasi Stress

Aku harap korang tidak bosan menunggu tips yang seterusnya dari aku ni. Baiklah, tips kali ni merupakan yang terakhir bagi gaya hidup sihat. Kali ni aku nak bagi tips mengurangkan kadar stress yang sering dihadapi oleh setiap orang yang mempunyai komitment yang banyak.

Ramai dalam kalangan pelajar menghadapi tekanan atau pun stress. Pelbagai punca yang membuatkan mereka stress seperti kewangan, assignment, dan banyak lagi. Tekanan yang berpanjangan ini mampu menimbulkan pelbagai masalah lain seperti kita lebih sepat marah dan emosi mudah terganggu. Aku pun selalu stress, maklumlah pelajar tahun akhir, bukan hanya sibuk dengan tugasan kelas tapi sibuk juga dengan program-program yang terpaksa dijalankan. Aku bertindak untuk tidak terlalu merasakan semua itu bebanan, aku mula berfikir secara positif, belajar bertenang, dan aku juga cuba wujudkan hobi. Bila aku rasa stress, aku akan meluangkan masa di bilik untuk latih tubi seperti mengangkat dumble dan jua pelbagai aktiviti yang boleh buat aku tenang. Selain dapat mengawal emosi aku dari berbuat parkara yang tak berguna, aku juga dapat menghasilkan bentuk badan yang diimpikan setiap orang. Mungkin benda ni lawak, tetapi itu yang aku lakukan mengikut minat aku sendiri. Anda semua bolehlah wujudkan hobi yang lain.

Baiklah aku harap korang dapat manfaatkan setiap tips yang aku bagi ni. Selain tu, bacalah artikal-artikal sahabat-sahabat aku yang lain dalam bolg ni juga. byee..



berhenti merokok

4. Berhenti Merokok

Hai semua, pasti korang sedang tunggu apa tips aku yang seterusnya sebagai pakar kesihatan korang kan. Hahaha. Baiklah, kali ni tips yang paling berkesan untuk memastikan tubuh yang sihat. Rokok, siapa yang hisap rokok? Tips ni bagi korang sebab kali ni aku nak bagi nasihat untuk korang berhenti merokok.

Berhenti merokok! Ayat yang sering kita dengar tetapi tidak pernah dihiraukan oleh penghisap rokok. Kata orang hisap rokok ni cool, tapi aku tak Nampak apa yang cool kat situ. Yang kita boleh lihat pada si perokok ni, mereka berisiko tinggi menghidap panyakit paru-paru dan jantung dan banyak lagi penyakit yang mangundang maut menanti mereka. Kandungan bahan kimia yang terlalu banyak bukan hanya memudaratkan diri si perokok, malah ia juga membahayakan orang di sekeliling mereka. Jika nanda adalah perook tegar, dapatkan nasihat daripada doktor sebelum terlambat. Selain itu, sebagai pelajar, anda memang wajib membuang tabiat ini kerana ia juga mampu membuatkan anda lebih berjimat dan menggunakan duit yang ada untuk perkara yang lebih peting


Lepas ni, aku taknak dengar korang hisap rokok lagi. Sihat kita dapat, jimatkan duit pun kita dapat. Selamat mencuba semua.



beriadah dan bersukan

3. Beriadah

Berjumpa kita sekali lagi untuk kali ketiga. Seperti kebiasaannya, aku nak bagi tips untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Kali ni aku nak bagi tips bersenam atau riadah yang mampu dilakukan oleh setiap orang.

Beriadah atau bahasa mudahnya bersenam mampu menghapuskan toksin di dalam badan melalui peluh yang dikeluarkan. Badan kita akan lebih bertenaga jika kita mampu melakukan aktiviti seperti ini dengan kerap. Jika tidak mempunyai masa yang banyak, kita hanya perlukan 30 minit sekali sesi dan ulangkannya sebanyak 3 hari seminggu. Sebagai pelajar universiti, aku sendiri menyediakan jadual untuk aku beriadah dan cuba untuk meluangkan masa tersebut untuk terus kekal sihat. Melalui aktiviti ini, kita dapat membantu kelancaran peredaran darah di dalam badan kita dengan baik. Untuk pengetahuan kita semua, saluran darah yang tersekat akan menyebabkan strok. Contoh senam yang mudah dan mampu dilakukan setiap orang ialah, jogging, berjalan atau pun berlari.


Lepas apa yang aku sampaikan ni, aku harap korang dapat mamfaatkannya dan mengamalkannya. Tiada alasan lagi selepas ni kita mengalami lemah, lesu dan tidak bermaya untuk menjalankan aktiviti seharian.



persekitaran bersih

Bertemu lagi kita tentang gaya hidup sihat yang seterusnya. Kali ni aku nak terangkan tentang pentingnya kebersihan di persekitaran kita ni, bagi memastikan badan kita kekal sihat tanpa jangkitan kuman dari persekitaran.


Persekitaran yang bersih juga mempu melindungi diri kita dari wabak yang tidak diingini. Dalam kehidupan di asrama perkara ini kurang diambil berat kerana kebanyakkan para pelajar mengharapkan kawasan rumah atau asrama mereka dibersihkan oleh tukang bersih. Adanya sifat yidak ingin mengalah menyebabkan mereka terdedah dengan risiko dijangkiti virus kuman yang mampu menganggu sistem badan. Tidak susah pun nak jaga persekitaran kita ni supaya bersih, kita hanya memerpukan 15-20 minit selama 3 hari seminggu untuk mengemas kawasan tempat tinggal kita. Bila buat bersama-sama rakan serumah pasti tidak menjadi masalah bagi memastikan tempat kita bebas dari penyakit. Semoga apa yang aku sampaikan ini mampu memberikan kebaikkan kepada anda semua. 



pemakanan sihat

Pemakanan sihat

Hai nama aku Mohd Fairus korang boleh panggil aku Yus ataupun Pol. Jangan Tanya aku kenapa nama aku macam tu. Sebagai salah seorang penulis dalam blog ni, aku nak terangkan pada  korang ni tentang gaya hidup sihat yang sepatutnya diamalkan oleh setiap pelusuk bumi ni dan terutamanya dalam kalangan pelajar. Kenapa aku tekankan pelajar kat sini? Ni sebab aku sendiri seorang pelajar dan amat mementingkan kesihatan. Kita ni sebagai pelajar haruslah sentiasa sihat bagi memastikan otak kita sentiasa berkembang untuk menjadi seorang yang Berjaya.
Tidak dinafikan semakin ramai pelajar tidak kira di institusi mana pun telah mula sedar akan kepentingan menjalani hidup sihat. Namun, masih terdapat terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting. Harus kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih sejahtera. Dan untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu daripada syaratnya. Di sini aku sebagai salah seorang pelajar institut pengajian tinggi Awam, Universiti Malaysia Sabah ingin berkongsikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar. Kata orang otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat, tak gitu.


Gaya Hidup Sihat
Amalan gaya hidup sihat merupakan perkara yang penting bagi setiap orang, dan di sini aku nak tekankan kenapa kita perlu amalkan gaya hidup kerana ia dapat mengurangkan risiko kita terkena atau dijangkiti penyakit yang berbahaya sehinggakan boleh membawa maut. Apa yang aku lihat di persekitaran kampus, ramai pelajar Universiti ni mengalami masalah berat badan berlebihan dan ada juga yang telah mencecah obesiti. Bila ditanya, mereka katakan tidak mempunyai masa untuk beriadah kerana sibuk dengan assignment, final projek, tesis dan macam-macam lagi lah. Sebenarnya masa dan cara mudah mampu dilakukan setiap orang yang inginkan kebaikkan untuk diri mereka. Disebabkan alasan-alasan tersebut. Mereka menjadi sasaran peyakit yang berbahaya seperti strok kerana mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi dalam badan. Aku cakap macam ni bukan nak menakut-nakutkan kepada semua, tapi nak bantu dan menyedarkan semua orang tentang pentingnya kehidupan sihat ni. Di sini, aku sediakan lima cara (lima je jangan banyak2) yang mudah dan mampu dilakukan setiap orang yang cintakan kesihatan.
Untuk yang pertama ni, aku nak terangkan tentang cara pengambilan makanan sihat secara umum.


1. Pemakanan Sihat
Pengambilan makanan yang sihat adalah cara utama untuk kita kekal sihat. Pengambilan makanan secara terkawal dengan mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh pakar kesihatan mampu mengelakkan badan kita lesu dan mempercepatkan badan kita menjadi gemuk. Selain tu, kenalah juga kurangkan makanan bergula dan garam yang berlebihan kerana berisiko tinggi menghidap darah tinggi dan juga kencing manis malah membuatkan kita strok. Selain itu, kita juga haruslah mengamalkan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari bagi mengantikan mineral di dalam badan setelah seharian melakukan aktiviti.



CARA-CARA MENJAHIT MANIK BUNGA TERATAI


CARA-CARA MENJAHIT MANIK BUNGA TERATAI


1.


Ø  Gunakan duit 5 sen untuk membuat lakaran bunga. Tandakan di bahagian tengah sebagai titik ‘point’. Boleh lakar menggunakan pensel ataupun kapur jahitan.


2. 


Ø  Buat lima garisan di dalam lubang tadi. Lepas tu, cucukkan jarum dari bahagian bawah kain, kat tanda ‘point’ tadi dan bawak jarum tu naik ke atas permukaan kain tersebut. 


3.




Ø  Lepas tu masukkan jarum pada titik ‘point’ untuk mengukuhkan lagi jahitan.


44.



Ø  Masukkan sebiji manik silinder, diikuti dengan sebiji labuci yang dimasukkan secara terbalik dan sebiji lagi dimasukkan secara biasa.



5.


Ø  Cucukkan jarum pada titik ‘point’ dan keluarkan jarum pada garisan seterusnya.



6. 


Ø  Ulangi proses yang sama sehingga habis kelima-lima garisan dengan kelopak bunga.


7.



Ø  Lepas tu masukkan sebiji manik besar ataupun mutiara dan cucuk ke bawah melalui titik ‘point’ tadi.  Ulangi proses ini selama dua kali untuk menegakkan manik atau mutiara tadi daripada bergerak-gerak.


8.



Ø  Inilah hasilnya, boleh buat mengikut kreativiti masing-masing  samada nak letak mutiara ataupun tidak. Nak letak manik pun boleh. Selamat mencuba.











PUDING ROTI KISMIS


PUDING ROTI KISMIS



Bahan utama:
·     
    Untuk membuat puding roti dengan kacang almond, anda perlulah menggunakan lima keping roti tawar.
·         Siapkan juga 300 ml susu cair
·         Tiga butir telur ayam
·         50 gram gula pasir
·         30 gram margerin atau mentega  yang telah dicairkan
·         Setengah senduk teh vanilla
·         30 gram potongan kismis

Cara Membuat:

-       Pertama, campurkan gula pasir dengan vanilla dan susu cair dalam periuk dan kemudian rebus sampai gula pasir larut.
-       Setelah itu, masukkan roti tawar dan biarkan selama setengah jam sampai roti itu betul-betul hancur dan menjadi lembut.
-       Larutkan dengan kocokan telur ayam bersama margarin atau mentega yang telah dicairkan ke dalam campuran roti serta susu sambil diaduk hingga adunan merata.
-       Siapkan loyang dan sapukan sedikit margerin di permukaan loyang itu sehingga rata, tuangkan adunan pudding roti dan kukus selama 5 minit dan kemudian bolehlah taburkan kismis dan kukus kembali selama 20 minit.

REAKSI BUKAN PEROKOK TERHADAP VAPE

Artikel oleh: James E. Reba



Baiklah para pembaca semua, kedatangan Vape yang dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda di negara ini sejak tahun 2015 mengundang kepada pelbagai persepsi kepada masyarakat. Sudah pastinya, persepsi masyarakat kelihatan mempunyai dua sisi iaitu sisi positif dan sisi negatif. Untuk mendapatkan pandangan-pandangan dan reaksi golongan generasi Y berkenaan penggunaan rokok eletronik ini, saya telah menjalankan temuramah secara rawak setiap orang di mana saya telah bertanyakan beberapa soalan kepada mereka. Yang uniknya, saya mencuba untuk mendapatkan reaksi golongan bukan perokok untuk mengetahui sendiri pandangan mereka terhadap rokok vape.
            Saya telah menemuramah seorang respondan iaitu Michael (23) dan bertanyakan pendapat beliau tentang penggunaan Vape dalam kalangan masyarakat pada zaman kini. Michael mengatakan bahawa;

Trend vape memang menjadi kegilaan pengguna rokok pada masa kini. Bagi saya, vape mungkin lebih memberikan keselesaan terutama  asap vape kerana asap vape mengeluarkan bau yang harum berbanding rokok biasa yang mengeluarkan bau yang boleh membahayakan kesihatan kita yang menghidu bau tersebut,” – Michael.

            Michael mengatakan bahawa beliau lebih gemarkan vape berbanding rokok biasa walaupun beliau bukanlah seorang perokok atau pengguna vape kerana asap vape kelihatan tidak membahayakan berbanding dengan asap rokok biasa. Seterusnya, saya juga turut menemuramah seorang lagi respondan iaitu Diana (21).

“Saya mula peka dengan isu vape setelah membaca beberapa portal berita pada tahun lepas. Banyak pandangan negatif dan positif yang diutarakan oleh masyarakat berkaitan rokok eletronik ini. Pada pendapat saya, rokok eletronik vape ini mungkin agak selamat berbanding rokok biasa yang inti utamanya adalah nikotin. Cuma pengguna vape kena membayar harga lebih berbanding rokok biasa. Merokok vape bagi saya terpulang kepada kemampuan individu itu sendiri. Jika mereka berkemampuan untuk membiayai rokok vape, tidak salah mereka beralih kepada rokok itu,” – Diana.

            Respondan saya yang terakhir adalah Francisca (20). Beliau sendiri mempunyai kawan-kawan lelaki dan perempuan yang mula berjinak-jinak menghisap vape.
“Saya punya ramai kawan yang merupakan perokok tegar tetapi telah beralih kepada rokok vape kerana mereka berasa rokok ini kurang membahayakan berbanding rokok nikotin. Pandangan masyarakat pasti berbeza. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Namun pada saya, agak tidak manis seorang perempuan menghisap vape di tempat umum seperti pusat membeli belah kerana khuatir kepada pandangan masyarakat nanti. Namun itulah, setiap orang mempunyai persepsi yang tersendiri. Kita tidak boleh salahkan juga mereka,”- Francisca.

            Begitulah tadi respon daripada tiga orang respondan berkenaan rokok eletronik vape ini. Setiap mereka mempunyai pendapat-pendapat yang berbeza. Para pembaca, untuk menghormati permintaan dan privasi mereka, saya tidak akan menyiarkan gambar-gambar mereka yang telah ditemuramah di dalam blog ini.